Selasa, 27 Julai 2010




  • Dikenali dengan nama Cocos Nucifera dalam bahasa botaninya, kelapa dipercayai berasal dari Kepulauan Malaysia.
  • Antara khasiat bahagian kelapa yang mujarab untuk dijadikan penawar merawat penyakit adalah:
  • Air kelapa. Amalan meminum air ketapa dikatakan dapat mengatasi masalah keracunan, cirit-birit, demam panas, bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.
  • Akar.Bahagian ini ditumbuk lumat untuk dijadikan ubat pupuk bagi rawatan penyakit kelamin.
  • Minyak kelapa. Berupaya menyembuhkan sakit gigi atau gusi. Di samping itu, minyak kelapa pada pelita yang bernyala dititiskan pada bahagian parut luka lama dipercayai dapat menghilangkan parut tersebut.
  • Santan kelapa. Dikatakan dapat digunakan sebagai rawatan untuk penyakit busung, demam panas, muntah dan batuk berdarah.


1 - kelapa pandan mempunya dua gred iaitu A (besar) dan B (kecil)
2 - Kelapa pandan dikelaskan mengikut saiz.
3 -Kelapa pandan dijangkakan dapat bertahan sehingga dua minggu berdasarkan cara menyimpan yang betul
4 - Kelapa pandan yang telah dipetik tidak boleh dibiarkan terdedah secara langsung kepada cahaya matahari yang terik. Pemunggahan juga perlu dilakukan dengan cermat.
4 - Kelapa pandan memerlukan masa tiga tahun untuk mula mengeluarkan hasil.
5 -Kelapa pandan boleh memberikan hasil sehingga 15 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan